Datuk Iskandar Abdul Samad
Datuk Iskandar Abdul Samad foto FAREEZ FADZIL, 01 MEI 2017

KUALA LUMPUR – Mustahil untuk Pas tidak menyokong Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih, kata Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad

Jelas beliau ini kerana Pas telah membentuk jawatankuasa pilihan raya bersama dengan Barisan Nasional (BN).

Walaupun tidak mengetahui isi perbincangan di antara Hadi dan Tun Dr. Mahathir Mohamad namun Iskandar mengulangi arahan dalaman Pas agar menyokong calon BN di Semenyih iaitu Zakaria Hanafi.

“Saya tidak tahu isi pertemuan Presiden dan Tun M tetapi arahan yang diterima untuk Pas sokong calon BN.

“Kami dah bentuk jawatankuasa pilihan raya bersama di peringkat daerah mengundi. Mustahil tak sokong,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan hari ini mendedahkan pertemuannya bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Yayasan al-Bukhari selama 45 minit semalam berbincang tentang hal politik.

Perdana Menteri mendakwa Abdul Hadi memberi perakuan bertulis untuk tidak menyokong UMNO pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih.

Namun Abdul Hadi berkata, sebelum ini pertemuan tersebut adalah bagi membincangkan penyelarasan pentadbiran antara Kerajaan Negeri dengan Persekutuan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Mustahil manusia boleh ke angkasa. Mustahil Muhamad bin Salman yg rancang bunuh Kashoggi. Mustahil PAS ambil duit UMGOK. Mustahil sok mo….

    Bodoh Sgt ke Naib President PAS Ni..

Comments are closed.