Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia di Klinik Kesihatan Padang Rumbia, Pekan petang semalam dipercayai menjadi mangsa dera bapa tiri dan ibunya.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia di Klinik Kesihatan Padang Rumbia, Pekan petang semalam dipercayai menjadi mangsa dera bapa tiri dan ibunya.

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar universiti swasta maut dalam kemalangan jalan raya di ibu negara melibatkan dua kereta hari ini.

Mangsa dikenal pasti sebagai Sachdevf Singh Sunder Singh, berusia 22 tahun merupakan penuntut universiti Asia Pasifik.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian berlaku di Jalan Klang Lama susur keluar ke Lebuhraya Persekutuan pukul 7 pagi hari ini.

Katanya, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta Proton Waja berwarna hitam yang bergerak di Lebuhraya Persekutuan dari arah pusat bandaraya telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar kon pembinaan di bahu kiri jalan.

“Kereta Waja berkenaan kemudian memasuki jalan susur Klang Lama dan terbalik.

“Ketika itu sebuah kereta Perodua Myvi putih yang datang dari arah Klang Lama tidak sempat membrek sebelum melanggar kereta Waja tersebut.

“Akibat perlanggaran itu penumpang Waja, Sachdevf Singh yang berasal dari Subang Jaya cedera parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya dalam kenyataan menerusi WhatsApp sebentar tadi.

Tambah beliau, mayat kini dibawa ke Jabatan Forencik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk dibedah siasat.

Menurutnya, pemandu kereta Waja yang dinaiki mangsa iaitu Umar Mokhtar Abdul Rahman, 22 juga seorang pelajar yang berasal dari Taman Cempaka Ampang terselamat dengan kecederaan ringan.

“Pemandu Myvi pula Muhammad Hanif Mohamad Tawpik, 26, yang berasal dari Kampung Sungai Isap Damai, Kuantan Pahang juga tidak mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tegasnya. – MalaysiaGazette