Paul Stadlen

KUALA LUMPUR – Peguam kepada Paul Stadlen menyifatkan tindakan Kerajaan Malaysia mendakwa anak guamnya in absentia bermotifkan politik dan bercanggah dengan prindip keadilan.

Kevin Gold dalam satu kenyataan berkata, tiada sebarang peruntukan di bawah undang-undang Malaysia yang membenarkan pendakwaan seumpama itu.

Paul pernah berkhidmat dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pasukan komunikasi hal ehwal antarabangsa. Beliau telah didakwa tanpa kehadirannya atas pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta.

“Kami terkejut dengan tindakan kerajaan Malaysia menggunakan media untuk mendedahkan Paul Stadlen didakwa tanpa kehadirannya (in absentia) sedangkan tiada peruntukan di bawah undang-undang Malaysia yang membenarkan tindakan sedemikian,” katanya menerusi firma guaman Mishcon de Reya.

Gold juga menegaskan bahawa anak guamnya tidak pernah pernah bersembunyi sebaliknya beliau hanya mendapatkan tahu pihak berkuasa Malaysia mencarinya sebagai saksi menerusi notis yang disiarkan media pada 1 November 2018.

“Berikutan daripada itu, firma kami segera menghubungi pihak berkuasa Malaysia. Sehingga sekarang tiada maklumbalas,” kata peguam itu lagi.

Beliau mendakwa, kerajaan Malaysia mempunyai agenda politik dan Paul sekarang terperangkap dalam tindak balas terhadap bekas Najib.

 “Stadlen tidak melakukan apa-apa kesalahan mahupun menyembunyikan diri seperti yang didakwa.

“Apa-apa tuntutan serta dakwaan akan ditentang dengan keras apabila kes terhadapnya yang bermotifkan politik selain daripada melanggar hak asasi melanggar dan prinsip keadilan,” tegasnya.

Semalam, sumber Jabatan Peguam Negara berkata Stadlen, kelahiran Britain, didakwa di Mahkamah Sesyen.

“Pihak Pendakwaan dari Jabatan Peguam Negara mengendalikan kes terbabit,” kata sumber itu sambil menambah, oleh kerana beliau sudah melarikan diri dari Malaysia, pendakwaan terpaksa dijalankan secara ‘in absentia’.

Sumber itu juga mengesahkan seorang peguam Malaysia akan didakwa hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan sama. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan: Paul Stadlen akan didakwa hari ini

Paul Stadlen tinggalkan negara sebelum PRU14

SPRM cari Paul Stadlen

Stadlen sah terlibat skandal 1MDB – Mohd Shukri