Rundingan ECRL | Tun Daim Lebih Layak Bukan Lim Guan Eng | EDISI MG 20 MAC 2019

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjelaskan mengapa kerajaan meminta Tun Daim Zainuddin berunding semula dengan China untuk projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dan bukannya Lim Guan Eng.

Menurut Tun Dr Mahathir lagi, pemilihan Tun Daim adalah berdasarkan kelayakan dan keupayaannya untuk berunding dengan pihak China.

Dalam pada itu, Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar kenyataan propaganda kerajaan Pakatan Harapan bahawa Kos pembinaan projek rel Pantai Timur (ECRL) didakwa mencecah RM130 bilion.

Datuk Seri Najib berkata, kos ECRL yang dinilai sebanyak RM55 bilion semasa kerajaan BN boleh melonjak kepada RM130 bilion jika kadar faedah pinjaman daripada Exim Bank adalah 7.0 peratus setahun untuk 20 tahun.

Sementara itu, penyanyi ternama Indonesia, Krisdayanti semakin aktif turun padang berjumpa dengan rakyat selepas bergiat secara serius dalam bidang politik dan mewakli Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) iaitu parti yang sama dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).

Ibu kepada empat anak itu berkata, menjadi wakil rakyat adalah satu usaha yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai dan sehingga kini, penyanyi lagu hit sepanjang zaman, Menghitung Hari itu sudah meredah sehingga 300 kampung sejak September tahun lalu.