TERKINI : Takkan Saya Nak Pecah Amanah Duit Sendiri! – Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak berhasrat untuk kembali daripada cutinya dalam masa terdekat.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan akan kembali bertugas sekiranya beliau diperlukan untuk mengukuhkan parti itu.

“Kalau saya menamatkan cuti, adalah untuk memperkukuhkan parti, saya akan tamatkan cuti.

“Kalau saya bercuti, parti terus kukuh, saya akan sambung cuti. Ertinya saya tiada tempoh tentu.

“Apa yang penting bukan soal desakan daripada ahli-ahli di akar umbi.

“Tetapi jika benar-benar saya diperlukan, perkhidmatan saya akan melata bila-bila masa saja,” katanya pada Sesi Town Hall Politik Malaysia Baharu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.