Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media khas di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 19 APRIL 2019.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan projek Bandar Malaysia di sini akan diteruskan tetapi ada perubahan.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam sidang media berkata, kabinet menukar pendirian itu selepas ia ditangguhkan sebelum ini.

“Projek itu dijangka akan menjana kesan besar pada pembangunan bandar di Malaysia,” katanya di Yayasan Al Bukhary di sini hari ini.

Menurut Mahathir, kerajaan dapat menjimatkan kos yang besar apabila berjaya menyelesaikan empat isu di negara ini.

Keempat-empat isu ialah projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL), Felda, Lembaga Tabung Haji (TH) dan Bandar Malaysia.

Perdana Menteri berkata, pihaknya telah berjaya menangani masalah utama yang berpunca daripada kerajaan lalu.

“Kita telah menjimatkan banyak wang kerajaan melalui semua penyelesaian masalah ECRL, Felda, Tabung Haji dan sekarang Bandar Malaysia,” katanya.- MalaysiaGazette