Kediaman milik keluarga Zahran Hashim yang terbakar selepas tiga suspek meletupkan diri sendiri. foto Agensi

COLOMBO – Bapa dan dua adil beradik kepada Zahran Hashim – suspek yang didakwa dalang di sebalik serangan pada Easter Sunday di Sri Lanka, terbunuh dalam satu serbuan oleh pihak berkuasa pada hari Jumaat lalu.

Serbuan itu dilakukan di sebuah rumah di Sainthamaruthu, dekat dengan kampung Zahran di Kattankudy.

Penyerang telah melepaskan tembakan kepada pihak berkuasa dan tiga lelaki pula meletupkan diri sendiri.

Letupan itu turut membunuh enam kanak-kanak dan tiga wanita.

Tambahnya, tiga orang yang lain juga maut.

Keluarga terdekat Zahran mengesahkan bapa dan abang lelaki itu meninggal dunia dalam serbuan tersebut.

Serbuan di rumah itu dibuat selepas pemiliknya dan penduduk tempatan memaklumkan kepada polis.

Mereka tekah dikenal pasti sebagai Mohamed Hashim, Zainee Hashim dan Rilwan Hashim. Ibu Zahran juga maut dalam serbuan itu.

Zahran yang juga pengasas National Thawheed Jamath (NTJ) mati selepas meletupkan dirinya di sebuah hotel di Colombo minggu lalu.

Sementara itu, Presiden Sri Lanka mengharamkan semua pemakaian yang menutup muka dalam kalangan wanita selepas serangan berdarah itu.

Serangan yang mensasarkan gereja dan hotel telah membunuh 250 orang.

Perkhidmatan gereja pada hari Ahad juga dibatalkan di seluruh negara sebagai langkah berjaga-jaga. – MalaysiaGazette