Dikehendaki, Faidzul Abu Hasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Dalam satu kenyataan, badan penguatkuasa undang-undang itu memaklumkan, individu yang dicari ialah Faidzul Abu Hasan, 45, yang beralamat terakhir di C 30, Kampung Melayu Sri Kundang, Rawang, Selangor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terbabit diminta menghubungi Penolong Penguasa Mohd. Ridhwan Omar di talian 03-5525 6500 atau 014-515 4558. – MalaysiaGazette