GURUN- Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang juga anak tirinya di Yan, bulan lalu.

Tertuduh, Sofiyudin Abu Bakar, 28, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Nurulrasyidah Mohd Akit.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh kanak-kanak itu, Muhammad Aqil Hairi Mohd Azrul, di sebuah rumah tidak bernombor di Batu 19 3/4 Jalan Yan-Guar Chempedak, Yan sekitar 7.30 malam hingga 8 malam, 25 Mei lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Waheda Abd Rahman, sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada prosiding sama, isteri tertuduh, Nurul Natasha Roslan, 23, yang juga ibu kandung kanak-kanak itu, dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah berjumlah RM10,000.

Mahkamah menetapkan 5 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – BERNAMA

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.