Gambar hiasan

WANGSHINGTON- Facebook Inc sedang berunding dengan regulator pasaran derivatif Amerika Syarikat, Suruhanjaya Dagangan Hadapan Komoditi (CFTC) berhubung cadangan syarikat itu mewujudkan mata wang digital.

Menurut ketua CFTC, pihak kawal selia masih dalam rundingan dengan Facebook dalam usaha untuk memahami sama ada rancangan oleh syarikat media sosial itu berada di bawah seliaan CFTC, demikian lapor Financial Times pada Ahad.

Bulan lepas, Facebook telah menubuhkan sebuah syarikat teknologi kewangan di Switzerland yang memberi fokus kepada blockchain dan pembayaran di samping analisis data dan pelaburan.

Facebook bagaimanapun enggan memberi komen terhadap laporan FT itu.- MalaysiaGazette