Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Kenyataan oleh Menteri Petahanan berhubung kelewatan pesawat Malaysia Airlines hingga menyebabkan pertemuannya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di London mendapat kritikan dan juga menjadi bahan jenaka netizen.

Namun, sebahagian besar netizen mengkritik kenyataan Mohamad Sabu atau lebih mesra disapa Mat Sabu kerana menyifatkan kelewatan penerbangan bukan perkara luar biasa, apatah lagi ia membabitkan keselamatan penumpang.

Seorang netizen, Ricky Jarret berkata, kenyataan seumpama ini daripada seorang menteri perlu dihentikan kerana ia memalukan.

Ini kerana, katanya, semua kakitangan Malaysia Airlines melakukan tugas dengan bagus untuk memastikan syarikat itu terbaik.

Seorang lagi warganet, Oussie Saberi memberitahu, penangguhan penerbangan bagi memastikan pesawat dalam keadaan selamat dan layak untuk terbang supaya anda boleh tidur dan selesa sepanjang perjalanan.

“Anda akan faham apabila anda memahami maksud kelayakan untuk ke udara,” ujarnya.

Tidak kurang juga ada netizen yang berkata, Mat Sabu sepatutnya naik pesawat pejuang jika mahu cepat bertemu dengan Perdana Menteri.

“Awang Kassim: Aku udah pesan sama Abang Mat next time Naik je Pesawat perjuang TUDM 😆😆”

“Christopher Timothy: Kalau A380 delay… Pakai je A400M 😂🤣😂🤣

Warganet yang bernama Yusri Yusof pula mempersoalkan wajarkah Mat Sabu membuat kenyataan seumpama itu.

But do you actually have to issue a press statement on such a petty thing like this? (Tetapi adakah anda benar-benar perlu mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai perkara kecil seperti ini?),” katanya.

Azam Ys pula berkata: “statement dr menteri yg tak guna akal fikiran yg waras..delay 2-3jam biasa bg syarikat penerbangan seluruh dunia atas sbb2 tertentu demi unt keselamatan penumpang bkn saja2 nk delay..ingatkan meeting dgn pm britain tp cuma pm malaysia..kt kl pun hari2 blh jumpa apa ke bodoh sgt.”.

Manakala, pemilik akaun bernama Kimi Hakim berkata, Malaysia Airlines lewat kerana bersebab kerana juruterbang juga tidak suka menangguhkan perjalanan.

“Klau lewat mesti ada sebab…takde suka2 pilot nak delay plak…pikir la sendiri…tak penah naik flight ke?,” ujarnya.

Ayusz Ayus pula berkata, isu teknikal pesawat adalah perkara biasa yang berlaku dan ia membabitkan mana mana syarikat penerbangan.

“Dia ni X pernah ke naik flight ke? …. Isu technical tu biasa la….delay mane2 airline pon ade…,” ujarnya. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/06/24/mat-sabu-salahkan-mas-tak-dapat-jumpa-pm-di-london/