Frank Lampard. Foto Daily Star

LONDON – Frank Lampard semakin hampir diumumkan sebagai pengurus baharu Chelsea apabila kontrak perjalanan akan dimuktamadkan dalam tempoh beberapa hari lagi.

Ketika ini Lampard masih lagi mengemudi Derby County namun pengendali berusia 41 tahun itu dijangka meninggalkan The Rams pada musim panas ini

Bekas pemain tengah Chelsea itu merupakan calon utama untuk mengisi kerusi panas yang ditinggalkan Maurizio Sarri yang kembali ke Itali minggu lalu.

TalkSPORT melaporkan kepulangan semula Lampard ke Stamford Bridge sudah semakin hampir direalisasikan.

Lampard akan menyertai beberapa kakitangan kejurulatihannya di Derby termasuklah pembantu pengurus Jody Morris yang juga bekas pemain tengah Blues.

Chelsea dijangka membayar wang pampasan sebanyak empat juta pound sterling kepada Derby bagi mendapatkan Lampard yang menandatangani kontrak tiga tahun bersama juara Liga Europa itu. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.