KUALA LUMPUR – Pesawat Malaysia Airlines berdepan dengan masalah teknikal hingga menyebabkan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu terlepas untuk bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di London.

Malaysia Airlines Berhad yang kesal dengan kesulitan itu memohon maaf.

“Malaysia Airlines mengetahui tentang mesyuarat yang perlu dihadiri menteri tetapi syarikat ini perlu memastikan pesawat dalam keadaan selamat untuk terbang kerana keselamatan sangat diutamakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamad telah menaiki penerbangan MH002 dari Kuala Lumpur pada 15 Jun dan sepatutnya tiba di London pada 5.55 pagi hari berikutnya.

Malaysia Airlines menjelaskan, pihaknya telah membuat pengaturan untuk pelepasan pantas dan lancar apabila tiba di Lapangan Terbang Heathrow dan seterusnya membuat pengaturan penerbangan alternatif untuk rombongan menteri tersebut ke Paris untuk lawatan kerja di sana.

Semalam, Mohamad menegur Malaysia Airlines selepas gagal mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di London.

Presiden Parti Amanah Negara itu berkata, disebabkan kelewatan penerbangannya daripada Kuala Lumpur mengakibatkan beliau tidak dapat bertemu Mahathir yang mengadakan lawatan kerja di United Kingdom.

Mohamad sepatutnya ada temujanji pada 16 Jun 2019 tetapi, disebabkan kelewatan pesawat Malaysia Airlines MH0002 untuk berlepas selama lebih kurang dua jam 30 minit dari Kuala Lumpur pada malam 15 Jun 2019, temujanji yang sepatutnya berlaku pada pagi 16 Jun 2019 itu gagal diadakan.

Menteri Pertahanan itu berkata, beliau singgah ke London semata-mata untuk bertemu dengan perdana menteri dalam perjalanannya untuk lawatan rasmi ke Perancis,” kata kenyataan yang dikeluarkan menggunakan kepala surat Kementerian Pertahanan itu lagi.

Kejadian berlaku pada 16 Jun lalu ketika Mohamad Sabu dalam perjalanan ke Perancis. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.