KUALA LUMPUR – Khidmat sebuah jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat terpaksa digunakan untuk membawa jenazah seorang lelaki seberat 300 kilogram bagi dikebumikan di Ampang semalam.

Muhammad Zurrfakar Badawi, 36, yang mempunyai masalah obesiti itu meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira pukul 5.08 pagi semalam akibat sesak nafas.

Menurut abangnya, Muhammad Nowaiser Badawi, 39, disebabkan masalah untuk mengusung adiknya, pihaknya telah menghubungi pihak bomba yang kemudiannya telah menghantar anggota dan sebuah trak yang mempunyai kemudahan mesin pengangkat untuk membawa jenazah.

“Saya mewakili ahli keluarga sangat terharu dengan keprihatinan pihak bomba kerana sebelum ini pun mereka pernah membantu membawa adik saya untuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan dengan jentera mereka.

“Semalam sekali lagi mereka datang menghulurkan bantuan, dari hospital sampailah ke liang lahad, tanpa satu sen pun bayaran, kata mereka inilah khidmat mereka pada masyarakat.

“Hanya Allah saja dapat membalas jasa mereka pada kami,” katanya pada MalaysiaGazette di sini hari ini.

bomba2Difahamkan anggota-anggota bomba terlibat adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dan Pandan Indah.

Muhammad Zurrfakar yang masih bujang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.