GENEVA – Israel boleh dimusnahkan dalam tempoh setengah jam sahaja sekiranya Amerika Syarikat melancarkan serangan terhadap Iran, kata seorang Ahli Parlimen Kanan Iran seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Mehr.

Ketegangan yang berlaku sejak beberapa minggu lalu semakin memuncak apabila Presiden Donald Trump membuat keputusan di saat akhir untuk membatalkan serangan terhadap Iran selepas Tehran menembak jatuh dron milik Amerika Syarikat.

Washington turut menduduh Iran menjadi dalang terhadap serangan beberapa buah kapal di Teluk. Negara itu bagaimanapun menafikannya.

“Jika Amerika Syarikat menyerang kami, nyawa Israel hanya berbaki setengah jam sahaja,” kata Pengerusi Suruhanjaya Keselamatan Kebangsaan dan Dasar Antarabangsa Iran, Mojtaba Zolnour.- Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.