Antara warga asing tanpa dokumen sah yang berjaya ditahan pada Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud di hadapan Kompleks Kotaraya, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 14 JULAI 2019.

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen menukar strategi untuk menahan  pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi operasi yang dilakukan di Jalan Silang dan di Pasar Baru Pudu hari ini.

Taktik yang digunakan dalam operasi itu ialah anggota penguat kuasa ditempatkan dahulu di dalam premis bagi menyekat semua laluan sebelum serbuan dilakukan serentak, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud.

MGF14072019_OPS IMIGRESEN13
Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud bercakap kepada media selepas mengetuai Operasi Penguatkuasaan Bersepadu di hadapan Kompleks Kotaraya, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 14 JULAI 2019.

Beliau berkata, langkah tersebut dilakukan bagi mengelak PATI yang hendak diberkas terlepas atau cuba melarikan diri.

“Operasi ini sebenarnya telah banyak kali diadakan cuma pada kali ini kita menukar sedikit strategi di mana pegawai-pegawai imigresen masuk lebih awal dan melalui pintu-pintu belakang.

“Strategi diubah sedikit untuk memastikan mereka ini tidak melarikan diri dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Operasi Bersepadu di ibu negara hari ini.

Mengulas lanjut, Khairul Dzaimee berkata, operasi seperti itu dilakukan secara berkala di kawasan berkenaan dan ia turut dibantu Polis Diraja Malaysia.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengambil tindakan terhadap premis-premis yang mengendalikan perniagaan menggunakan warga asing tanpa mengikut peraturan yang betul.

Ujarnya, tindakan boleh diambil dengan membatalkan lesen perniagaan bagi mereka yang berdegil dan ia merupakan bidang kuasa PBT berkenaan.

Dalam operasi berkenaan seramai 1,700 warga asing telah diperiksa dan daripada jumlah itu seramai 247 orang telah ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan.

Antara kesalahan yang dilakukan oleh mereka ialah tinggal lebih masa yang dietapkan, tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah serta menyalahguna pas lawatan sosial.

Operasi berkenaan ditamatkan pada pukul 8 malam. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.