Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali bercakap kepada media pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 17 JULAI 2019

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini membidas kenyataan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang gesaan untuk bercuti dan meletakkan jawatan dalam kerajaan dan parti.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata dengan tegas bahawa Anwar harus cermin diri sendiri daripada memberikan komen tentang dakwaan video intim yang dikaitkan dengan dirinya, bulan lalu.

Read my lips, suruh dia cermin diri sendiri dulu,” katanya ringkas lalu meninggal Dewan Rakyat.

Mohamed Azmin berkata demikian menjawab kenyataan Anwar yang menggesa beliau bercuti daripada memegang apa-apa jawatan ekoran siasatan kes empat video intim yang didakwa dirinya bersama bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Dalam pada itu, Azmin turut memberitahu Anwar agar muhasabah diri sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Suruh Anwar untuk jadi muhasabah, tengok cermin muka dia dulu,” katanya ketika ditanya mengenai kenyataan munafik beliau semalam.

Beberapa pemimpin PKR sebelum ini mendesak agar Azmin bercuti daripada memegang jawatan dalam kerajaan mahupun parti bagi tidak campur tangan dalam siasatan kes berkenaan.

Antaranya Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid dan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.