TERKINI : Menteri Tiada Alasan dan Segerakan Pemberian 16.4 Juta – Abdullah Sani

Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku Artis (PRISM) digesa supaya memberikan notis tamat perkhidmatan kepada Pengerusi Music Rights Malaysia (MRM), Tun Zaki Azmi kerana tempoh perkhidmatannya telah berakhir.

Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani berkata, perkara itu perlu dilakukan segera kerana lantikan Zaki sebagai pengerusi MRM sebelum ini juga adalah untuk menyekat cadangan dan pelaksanaan polisi kerajaan melalui Memorandum Perbadanan MRM bagi menangani isu kutipan royalti antara badan pelesenan dan pengguna komersial muzik di Malaysia.