Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahman Ahmad percaya pendekatan itu mampu membantu UMW Holdings memperbaiki prestasi dan memastikan kelangsungan UMW Holdings.
Pakar bedah, Radek Kebrle berkata, pembedahan pada tangan Petra lancar dan dia mampu pulih pantas dan kembali beraksi atas gelanggang selepas enam bulan lagi.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.3 bulan import tertangguh dan ialah 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek, kata Bank Pusat itu.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani memuji Pihak Berkuasa Kewangan Singapura berikutan tindakan pantasnya ke atas pengubahan wang haram berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Pengguna rangkaian lebuh raya PLUS iaitu Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) yang membayar tol secara elektronik untuk perjalanan melebihi 100 kilometer berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus sempena cuti perayaan Hari Krismas yang akan datang.
Broos sangat marah dengan tindakan pemain kebangsaan itu dan mungkin akan mendesak FIFA menggantungnya untuk beraksi dengan kelab dari 14 Januari hingga 5 Februari depan.
Kelmarin, tiba-tiba Neelofa, 27, mengaku kepada pihak media wujud orang ketiga dalam hubungannya dengan Fattah, 26.
"Veteran amat bimbang pendokong Wahabi yang sekarang telah bertapak dalam UMNO, JAKIM, Majlis-Majlis Ugama Islam, media serta dalam jabatan kerajaan dan kementerian akan menjadi bom jangka yang menunggu masa untuk meletup," kata Mustapha.
"Rakyat miskin yang memerlukan bantuan untuk persiapan persekolahan anak boleh merujuk kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen kawasan mereka, bukan meminta daripada pemimpin UMNO yang bukan bertaraf wakil rakyat," kata Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Senator Datuk Abdullah Mat Yasim.
"Semua tiket konsert yang sudah dibeli akan dikembalikan sepenuhnya dan orang ramai yang sudah membeli boleh menghubungi talian 016-8839769," kata Ketua Pengarah K4MI Mutiara Global Sdn. Bhd., Datuk Sharulnizad Suboh.