Presiden MyPPP, Tan Sri Datuk Seri M. Kayveas bercakap kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali myPPP 2017 di Little India, Brickfields Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2017.
KUALA LUMPUR – Masyarakat India tidak pernah dipinggirkan daripada pembangunan, terpulang kepada mereka sama ada mahu membangun bersama kemajuan negara atau sebaliknya, kata Presiden Parti Progresif Penduduk (MyPPP), Tan Sri M. Kayveas.
Beliau berkata, masyarakat India perlu bijak memilih pemimpin yang benar-benar mahu membela komuniti minoriti di negara ini dan bukannya termakan dengan hasutan pihak tertentu yang memberikan gambaran buruk kepada kerajaan.
“Masyarakat India tidak ditinggalkan, kita boleh lihat baru-baru ini kita ada Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB).
“Terserah kepada masyarakat India untuk bersama dengan kemajuan negara kita ini atau dia nak dengar kepada pihak-pihak yang nak hancurkan komuniti ini.
“Masyarakat India ada peluang, tiada masyarakat di Malaysia ini dipinggirkan,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Deepavali di Little India, Brickfields, di sini, hari ini.
Pada 23 April lepas, Najib melancarkan MIB sebagai satu dokumen rasmi kerajaan untuk pembangunan komuniti India di negara ini bagi tempoh 10 tahun akan datang.
Kayveas berkata, keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dilihat daripada pelbagai pengumuman yang dibuat bagi memastikan komuniti itu diberi peluang untuk maju seperti kaum lain.
“Perdana Menteri telah melihat ada kekurangan dalam masyarakat India tetapi beliau sudah ambil banyak tindakan seperti MIB.
“Beliau beri peluang kepada masyarakat India untuk bersama-sama membangun dengan masyarakat lain,” katanya. -MalaysiaGazette.

2 Komen

  1. [10/20, 09:19] mohd iyas zainal: Kita harus pilih jalan mana kita nak tuju membangun atau hanya mendiamkan diri dan
    [10/20, 10:12] mohd iyas zainal: Dan kita hanya membuat tohmahan yg tidak bernas trhdp PM kita dan BN. Bukankah kita akan mengalami kerugian jika tidak mengambil peluang sejajar dlm arus pembangunan mental , modal insan, pendidikan (diutamakan), sosio-ekonomi. Jangan hanya merungut saja tetapi cuba libatkan diri secara terbuka seperti mana kaum lain. Sematkan diri kita ( kaum india) dengan sikap proaktif spt mana Presiden Parti kita MYPPP, YB Tan Sri Kayveas selalu mencanangkan kat telinga kita pada setiap perjumpaan parti. Wahai kaum ku bangkitlah, terokalah, gerakkan pertama kita adalah penting dan tiada yg lambat utk memulakan sesuatu kemajuan bukan hanya satu kaum tapi menjadi satu bangsa Malaysia yg terpilih. SYABAS kpd PM DSN dlm usahanya yg saksama dan adil antara kaum. Kini MYPPP lebih proaktif , transfomasi mental (evolving) dan satu hadis yg mengatakan bahawa “Nasib sesuatu kaum tidak akan merubah jika kaum itu sendiri mahu merubahnya.” Ucapan ,Terima kasih kpd Tan Sri Kayveas, saya lebih suka gelar sbg Mahaguru pada persepsi saya dan kpd seluruh ahli MYPPP yg sentiasa menanamkan sifat cintakan Malaysia dlm kata2nya dan cara pembangunan siasah diri. Saya secara peribadi memang akui telah byk mempelajari dari Parti MyPPP. God bless All. Khas buat semua ahli MYPPP ucapan tulus ikhlas Selamat Hari Deepavali

Comments are closed.