Mohamad Fuzi Harun

KUALA LUMPUR – Empat lagi suspek yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya baru-baru ini telah ditahan.

Jumlah itu menjadikan angka tahanan kepada 106 orang setakat 8 pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang memaklumkan perkata itu berkata, tujuh daripada 66 orang individu yang dicari polis juga telah tampil memberi keterangan.

Mohamad Fuzi juga memaklumkan pihaknya beluam mengambil keterangan daripada Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah akibat diserang dalam kejadian yang berlaku pada 26 November lalu.

Ini kerana, katanya, keadaan anggota bomba itu masih belum pulih sepenuhnya dan akan berbuat demikian apabila Muhammad Adib kembali sihat. – MalaysiaGazette