Tag: Bursa
Sentimen defensif menguasai bursa minggu depan
Beliau berkata, satu-satunya data ekonomi utama yang akan dikeluarkan minggu depan ialah data perdagangan bagi Julai, yang dijangka akan menunjukkan pertumbuhan eksport yang berterusan.
Bursa kekal stabil antara 1,550 dan 1,600 mata
Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata, bursa tempatan merupakan bursa yang mencatatkan kerugian terbesar di Asia dengan 0.9 peratus kejatuhan, diheret turun oleh kaunter-kaunter sarung tangan iaitu Top Glove dan Hartalega, masing-masing susut 15.4 peratus dan 16.3 peratus.
FBM KLCI dijangka pada 1,578-1,600 minggu depan
Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd, Kenny Yee Shen Pin berkata, pergerakan pusingan dana dilaburkan daripada satu industri kepada industri lain dalam kalangan saham yang disasarkan mungkin menguasai sentimen pasaran dengan jumlah dagangan kekal tinggi.
KLCI dijangka bergerak seiring prestasi pasaran tunai
Ketua Penyelidikan Malacca Securities Sdn Bhd Loui Low berkata, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka berlegar antara paras 1,550 dan 1,617 mata pada minggu depan dengan kaunter sarung tangan terus menjadi tumpuan utama apabila beberapa syarikat sarung tangan akan mengumumkan keputusan suku kedua mereka bermula Ogos.
Bursa tutup pada hari Jumaat
Bursa Malaysia Berhad dan anak-anak syarikatnya akan menutup operasinya pada 31 Julai ini sempana Hari Raya Aidiladha.
Untung bersih S2 Bursa Malaysia naik kepada RM86.23 juta
Perolehan meningkat kepada RM179.78 juta daripada RM123.96 juta bagi tempoh yang sama, menurut syarikat itu kepada Bursa Malaysia hari ini.
Dagangan bursa diramal tidak menentu
Pasaran dijangka diniagakan antara 1,580 iaitu paras sokongan segera dan 1,600 mata, paras halangan.
Bursa diunjur di paras 1,600 mata
Ketua Pakar Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata, pasaran dijangka terus meningkat lebih tinggi berikutan keyakinan terhadap perkembangan penyelidikan vaksin COVID-19.
Bursa semak semula penutup FBM KLCI semalam
Bursa Malaysia memaklumkan nilai penutup FBM KLCI semalam telah disemak semula dari 1573.31 kepada 1565.00 mata.
Urus niaga bursa dijangka tinggi
Pencarta Kanan Maybank Investment Bank Nik Ihsan Raja Abdullah berkata, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini lebih kukuh.














