Wednesday, August 19, 2026
Home Tag Citaglobal

Tag: Citaglobal

Berjaya Corp jual semua saham dalam Citaglobal kepada Tunku Tun Aminah

Anak syarikat milik penuh Berjaya Corporation Bhd (BCorp), Berjaya Securities Sdn Bhd (BSecurities) menjual keseluruhan pegangan sebanyak 8.64 peratus dalam Citaglobal Bhd kepada Detik Ria Sdn Bhd dengan harga RM42.56 juta.

Citaglobal raih subkontrak RM37.79 juta bagi projek LRT Mutiara

"Subkontrak itu melibatkan Sub-Pakej LS03 yang merangkumi pembinaan dan penyiapan rentang panjang, rentang khas serta kerja-kerja berkaitan dari Komtar ke Jelutong Timur seperti yang diperincikan dalam dokumen subkontrak,” kata Citaglobal.

Citaglobal dapat kontrak RM168.88 juta daripada JKR

Kumpulan itu berkata kerja-kerja di bawah kontrak itu termasuk, tidak terhad kepada, menaik taraf jalan raya sedia ada, termasuk enam jambatan dan lima simpang, kerja-kerja tanah, kerja-kerja geoteknikal, sistem saliran, turapan jalan, kelengkapan jalan, pengurusan trafik, pencahayaan jalan, lampu isyarat serta kerja-kerja lain yang berkaitan.

Citaglobal beli tanah di Jalan Tun Razak pada harga RM73 juta

Citaglobal berkata, pembelian tanah itu akan dibiayai menerusi dana yang dijana secara dalaman dan pinjaman bank daripada institusi kewangan.

Citaglobal meterai perjanjian fasiliti solar di Pelabuhan Baku

Projek berkenaan disokong oleh Perjanjian Pembelian Tenaga selama 21 tahun yang memberi jaminan tarif tetap sepanjang tempoh tersebut.