Thursday, April 25, 2024
Home Tag DAILY LIFE

Tag: DAILY LIFE

Daily Life – Karya dan Sentuhan Luar Biasa Hadi Leader Potrait

Pelukis yang juga pemilik Hadi Leader Potrait Artist, Abdul Hadi Haji Ahmad, 50 duduk berehat sambil melihat hasil lukisan-lukisan potrait tokoh dan pemimpin negara yang telah dihasilkan oleh beliau ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Seni, Kuala Lumpur. foto AFFANF FAUZI, 12 OKTOBER 2018

Daily Life – Aksi Senggayut

Seorang kanak-kanak, Muhammad Haizal Hashim membuat aksi senggayut yang boleh mendatangkan kecederaan terhadap dirinya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hulu Langat, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 11 OKTOBER 2018.

Daily Life – Panorama Matahari di Port Dickson

Panorama matahari terbenam kelihatan semasa sekumpulan kanak-kanak bermain bola pantai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto SYAFIQ AMBAK, 01 OKTOBER 2018.

Daily Life – Orang Asli Suku Kaum Temuan di Port Dickson

Orang asli suku kaum Temuan, Radzali Tan So Tok membuat lukah baring untuk dijual kepada pelancong semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Kampung Orang Asli Bukit Kepong, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 01 OKTOBER 2018

Daily Life – Perhimpunan Agung UMNO 2018

Seorang perwakilan Pemuda UMNO menjinjing beg yang tertera logo Bendera Sang Saka Bangsa ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 29 SEPTEMBER 2018

Daily Life – Wangian UMNO

Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Pekan, Nor Aniza Abdul Rahman,30 menunjukkan wangian berlogo UMNO yang terdapat pada Perhimpunan Agung UMNO 2018 semasa tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 29 SEPTEMBER 2018.

Daily Life – River Of Life

Kelihatan seorang pekerja kontraktor DBKL meninjau keadaan " River Of Life " semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Masjid Jamek dan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 17 SEPTEMBER 2018.

KL Daily Life 2018

Para pengunjung menggunakan payung ketika bersiar-siar di sekitar pusat bandar ekoran hujan yang tidak reda ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 17 SEPTEMBER 2018

Daily Life – Kempen PRK Balakong

Dua orang wanita berjalan melintasi bendera Pakatan Harapan dan bendera MCA ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Pilihan Raya Kecil N. 47 Balakong di sekitar kawasan Seri Kembangan, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 27 OGOS 2018

Daily Life – Lembu Korban

Azam Rahman menarik seekor lembu dari sebuah lori untuk dikorbakan menjelang Aidiladha pada esok hari ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Datuk Keramat, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 OGOS 2018