Thursday, August 20, 2026
Home Tag Datuk Mohd Azizulhasni Awang

Tag: Datuk Mohd Azizulhasni Awang

PKBM gesa KBS, MSN putuskan segera sokongan Azizulhasni ke LA28

Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh Gill berkata perkara itu tidak wajar ditangguhkan memandangkan tempoh persediaan dan kelayakan ke LA28 semakin mencabar, dengan Kejohanan Dunia Berbasikal Trek 2026 di Shanghai bakal menyusul selepas Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 yang dijadualkan dari 19 Sept hingga 4 Okt ini.

‘Pocket Rocketman’ Azizulhasni atlet ketiga terima darjah bakti daripada Agong

Mohd Azizulhasni merupakan atlet ketiga negara menerima darjah kebesaran berkenaan selepas legenda badminton Datuk Lee Chong Wei dan ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David, yang masing-masing menerimanya pada 2021 dan 2024.

Azizulhasni teruja untuk berentap dengan Lavreysen di Nilai

“Harrie kata jumpa nanti di Malaysia, dia juga pertama kali berlumba di Malaysia. Saya sendiri pun hendak berlumba dengan dia setelah sekian lama," katanya pada sidang media Piala Dunia Berbasikal Trek 2026 di sini hari ini. 

KBS tekad berdiri teguh di belakang ‘The Pocket Rocketman’

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata bentuk sokongan dan bantuan dihulurkan kepada pelumba yang diberi julukan ‘The Pocket Rocketman’ itu termasuk dari sudut kesihatan dan latihan.

Olimpik: Azizulhasni berlepas ke Tokyo

Selain Mohd Azizulhasni, empat lagi atlet adalah rakan sepasukannya Muhammad Shah Firdaus Sahrom, penerjun wanita Cheong Jun Hoong serta Lee Hup Wei dan Azreen Nabila Alias masing-masing mewakili sukan olahraga.