Tag: datuk seri ahmad zahid hamidi
Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia #PAU2021
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melaungkan 'Hidup UMNO' pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto HAZROL ZAINAL, 17 MAC 2022.
Perhimpunan Agung Wanita UMNO Malaysia #PAU2021
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad (dua kiri) bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi beramah mesra dengan sebahagian perwakilan wanita pada Perhimpunan Agung Wanita sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 17 MAC 2022.
Zahid Hamidi, Hasni Bermesyuarat dan Menghadap Sultan Johor
Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan (tengah) dan Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad (kiri) tiba selepas menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar susulan kemenangan BN dalam Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) kelmarin di Dewan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Johor Bahru. Foto AFFAN FAUZI, 14 MAC 2022.
Ahmad Zahid Hamidi Kempen Undi Calon-Calon BN #PRNJohor
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama Calon Barisan Nasional N.37 Johor Lama, Norlizah Noh (dua kanan) dan Calon Barisan Nasional N.36 Sedili, Muszaide Makmor (tiga kiri) bergambar bersama penyokong pada program bertemu pengundi sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Bilik Gerakan Barisan Nasional Kota Kecil Barat, Johor Lama. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 04 MAC 2022.
Zahid Hamidi Bantu Calon BN Program Bertemu Pengundi #PRNJohor
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama calon Barisan Nasional (BN) N.22 Parit Raja, Nor Rashidah Ramli (tiga kiri) bergambar kenangan dengan ahli BN Youth Volunteers (BNYV) pada program bertemu pengundi sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Taman Sri Raja Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 27 FEBRUARI 2022.
BN Umum Senarai Calon PRN Johor
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan watikah pencalonan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional Negeri Johor, Datuk Hasni Mohammad (kanan) pada Majlis Pengumuman dan Penyerahan Watikah kepada Calon Barisan Nasional sempena Pilihan Raya Negeri Johor ke-15 di Dewan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Johor Bahru. Foto AFFAN FAUZI, 24 FEBRUARI 2022.
Zahid Hamidi Hadir Pelancaran Jentera BN PRN Johor
Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan Bendera BN kepada Pengerusi Perhubungan BN Negeri Johor, Datuk Hasni Mohammad pada Majlis Pelancaran Jentera BN sempena Pilihan Raya Negeri Johor di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri, Johor Bharu. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 04 FEBRUARI 2022.
Reaksi Zahid Hamidi Diarah Bela Diri 47 Pertuduhan Kes di Mahkamah
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjalan keluar selepas mendengar keputusan akhir pendakwaan bagi pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram yang melibatkan Yayasan Akalbudi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 24 JANUARI 2022.
Zahid Diiring Penyokong ke Mahkamah Kuala Lumpur
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir mendengar keputusan akhir pendakwaan bagi pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram yang melibatkan Yayasan Akalbudi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 24 JANUARI 2022.
Zahid Hamidi Rasmi Perhimpunan Agung Perwakilan MCA ke-68
Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berucap sambil diperhatikan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada Perhimpunan Agung Perwakilan MCA ke-68 di Wisma MCA, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 19 DISEMBER 2021.

















