Tag: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim Ceria di Sidang Media Pertama #PM10
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media bersama isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media pertamanya di Sungai Long Club House, kajang, Selangor. Foto, MUHD NA’IM, 24 NOVEMBER 2022.
Datuk Seri Anwar Ibrahim Sah Perdana Menteri Ke 10
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan surat cara pelantikan Perdana Menteri ke 10 kepada Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 24 NOVEMBER 2022
Anwar berhak jadi PM lepas lama berjuang
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata, titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membentuk Kerajaan Perpaduan juga telah membolehkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilantik memimpin negara ini.
Suasana Pejabat Anwar Ibrahim
Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan pejabatnya selepas selesai menghadiri pada pejumpaan bersama ahli majlis pimpinan Pakatan Harapandi Ibu Pejabat PKR Jalan Gasing, Petaling Jaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 23 NOVEMBNER 2022.
Wajah Ceria Anwar Selepas Selesai Menghadap YDP Agong
Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 22 NOVEMBER 2022.
PRU15 : PM Kesepuluh: Tunggu Keputusan YDPA
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pemberita sejurus selepas menghadap Seri Paduka memberitahu, Yang di-Pertuan Agong memberikan tempoh masa untuk gabungan parti mewujudkan kerajaan perpaduan.
Siapa PM Seterusnya, Muhyiddin atau Anwar?
Pengerusi PN merangkap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berjalan keluar selepas hadir Mesyuarat Khas PPBM di Hotel Glenmarie & Golf Resort, Shah Alam. Foto AFFAN FAUZI, 19 NOVEMBER 2022.
Reaksi Anwar Ibrahim Selepas Keputusan PRU15
Reaksi Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas perkembangan terkini keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Grand Dorsett Subang, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 20 NOVEMBER 2022.
Ucapan Kempen Akhir Anwar Ibrahim di Tambun #PRU15
Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen P.063 Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap menyampaikan amanat kepada penyokong sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Meow Garden, Tambun. Foto MOHD ADZLAN, 18 NOVEMBER 2022.
Meriam PN Tembak Anwar #DailyLife #PRU15
Kreativiti yang ditunjukkan penyokong parti Perikatan Nasional apabila replika kereta kebal yang dihiasi dengan bendera parti diletakkan di sekitar jalan raya sambil ditujukan ke arah poster gergasi calon Pakatan Harapan (PH) P.063 Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette Taman Tanjung Mewah, Tambun, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 16 NOVEMBER 2022.

















