Thursday, October 1, 2026
Home Tag Datuk seri ismail sabri yaakob

Tag: datuk seri ismail sabri yaakob

Perdana Menteri Lawat Residensi PR1MA Larkin Indah

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad (tiga kiri) beramah mesra dengan sebahagian penerima surat kelulusan tawaran Skim Pembiayaan Perumahan Inovatif PR1MA dan PR1MA STEP ketika mengadakan lawatan ke Residensi PR1MA Larkin Indah di Larkin, Johor Bahru. Foto FAREEZ FADZIL, 04 MAC 2022.

Semarak Niaga Keluarga Malaysia pelengkap fasa pemulihan pasca Covid-19 – PM

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, inisiatif ini dilaksanakan bagi menyediakan kemudahan pembiayaan dan bantuan bayaran balik pinjaman terutamanya dalam fasa pemulihan pasca pandemik ini.

PM Lancar Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan seorang lelaki kelainan upaya (OKU) Kanesan a/l Vischanathan yang hadir mencari pekerjaan sambil diiringi Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (dua kiri) dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan selepas Pelancaran Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto AFFAN FAUZI, 19 FEBRUARI 2022.

Perdana Menteri Lancar Laporan Penemuan Utama Banci Malaysia 2020

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob melihat tapak pameran ketika hadir ke Majlis Pelancaran Laporan Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 dan Forum Banci Malaysia 2020 anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia di Dewan Canselor, Management & Science University (MSU), Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 14 FEBRUARI 2022.

PM Hadir Majlis Tahun Baru Cina ARFF

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi angpaw kepada kanak-kanak dari Bodhi Homecare pada sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persekutuan Rantaian Peruncitan dan Francais ASEAN (ARFF) di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 13 FEBRUARI 2022.

PM Hadir Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan FELDA

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama warga Felda semasa hadir pada Majlis Makan Malam bersama Generasi Baharu Felda di Menara Felda, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 12 FEBRUARI 2022.

Ismail Sabri Mesra Dengan Jentera Barisan Nasional #PRNJohor

Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada Majlis Perjumpaan bersama Jentera Barisan Nasional Muar sempena Pilihan Raya Negeri Johor ke- 15 di Bangunan UMNO Bahagian Muar, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 11 FEBRUARI 2022.

PM Hadir Sambutan Ulang Tahun ke-50 Bandar Raya Kuala Lumpur

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) diiringi Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim (kanan) dan timbalan, Datuk Seri Jalaluddin Alias (kiri) bergambar kenangan bersama maskot Sungai Gombak dan maskot Sungai Klang serta yang lain pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-50 Bandar Raya Kuala Lumpur di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 05 FEBRUARI 2022.

Ismail Sabri Mesra Bersama Warga Emas dan Anak-Anak Istimewa di Pusat...

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin menyantuni warga emas semasa membuat lawatan di Rumah Jubeli Perak King George V sempena perayaan Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 01 FEBRUARI 2022.

PM Hadir Sambutan Tahun Baru Cina MCA 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong ketika upacara menerima 'tossing pot' pada Majlis Tahun Baru Cina 2022 Parti MCA di Wisma MCA, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 01 FEBRUARI 2022.