Tag: FAM
Tidak bersalah palsukan dokumen, Noor Azman kembali jadi Setiausaha Agung FAM
FAM memutuskan untuk mengembalikan Datuk Noor Azman kepada tugasnya sebagai Setiausaha Agung berkuat kuasa serta-merta.
Polis buka kertas siasatan isu pemalsuan dokumen pemain warisan Harimau Malaya
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan kesalahan pemalsuan bagi tujuan penipuan.
Kim Swee dilantik Pengarah Teknikal NFDP baharu
Perkara itu diumumkan secara rasminya oleh Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Isnin lalu.
FIFA isytihar tiga perlawanan antarabangsa Tier 1 Harimau Malaya, kalah 0-3
Tiga perlawanan terbabit ialah Malaysia lawan Cape Verde di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 29 Mei yang berkesudahan seri 1-1 dan perlawanan menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 4 Sept yang menyaksikan Malaysia menang 2-1.
Siasatan Jawatankuasa Bebas tidak dapat kenal pasti pihak terlibat palsukan dokumen...
FAM dinasihatkan untuk segera membuat laporan polis, ambil tindakan tatatertib dalaman yang sewajarnya susulan kegagalan pemantauan dan melaksanakan reformasi struktur yang disyorkan IIC.
FAM jangka laporan siasatan bebas isu dokumentasi tujuh pemain warisan diketahui...
Pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata pihaknya juga masih menunggu laporan jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif, sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat oleh badan induk itu.
FAM Telah Kemuka Rayuan Ke Mahkamah Timbang Tara Sukan #MGFlash
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung hukuman yang dikenakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
FAM sahkan kemuka rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan
CAS telah menetapkan tempoh sehingga 18 Disember ini bagi pihak peguam yang mewakili persatuan itu untuk mengemukakan hujahan bertulis lengkap.
Isu pemalsuan dokumen goncang FAM, prestasi Harimau Malaya jadi penyelamat
Harapan untuk melihat sekurang-kurangnya hukuman itu diringankan berkecai apabila Jawatankuasa Rayuan FIFA menolak rayuan dikemukakan FAM dan kesemua tujuh pemain pada 3 Nov sekali gus mengekalkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib berhubung pelanggaran serius Artikel 22 FDC.
Hukuman ke atas Selangor FC kekal, rayuan ditolak
Keputusan ini dibuat selepas meneliti segala bukti dan hujahan yang dikemukakan, dan Jawatankuasa Rayuan berpendapat, hukuman asal adalah wajar serta selaras dengan peraturan pertandingan dan kod tatatertib badan induk tersebut.















