Friday, October 25, 2024
Home Tag Gaza Under Attack

Tag: Gaza Under Attack

LENSA MG | Doa Rakyat Malaysia Buat Palestin

Peserta mengangkat plakad mengutuk kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 24 OKTOBER 2023.

Suasana Awal di Stadium Axiata Arena #MalaysiaBersamaPalestin

Orang ramai hadir bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin ketika di Himpunan Malaysia bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 24 OKTOBER 2023.

LENSA MG | Himpunan Aman ‘Freedom for Palestine’

Ribuan rakyat membanjiri Dataran Merdeka sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Palestin pada Himpunan Freedom For Palestine di Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 22 OKTOBER 2023.

Himpunan dan Perarakan #FreePalestine di Kedutaan AS

Umat Islam berhimpun dan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi protes serangan kejam Israel ke atas hospital di Gaza yang mengakibatkan ratusan rakyat Palestin terbunuh di Bangunan Lembaga Tabung Haji , Kuala Lumpur.. Foto MUHD NA’IM, 20 OKTOBER 2023.

LENSA MG | Himpunan Solidariti Rakyat Malaysia Bersama PALESTIN

Umat islam membakar bendera Israel sebagai tanda protes dan solidariti terhadap peperangan di Palestin di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 13 OKTOBER 2023.

Solat Hajat dan Doa Kesejahteraan Untuk Palestin

Para jemaah membaca doa Qunut Nazilah semasa menunaikan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan umat Islam di Palestin ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 09 OKTOBER 2023.

Solidariti Untuk Pejuang Palestin

Ahli Sekretariat Palestin membuat perarakan konvoi dengan mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda sokongan kepada pejuang kemerdekaan Palestin melawan tentera Israel ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 08 OKTOBER 2023.

Karya Mural Gergasi “Free Palestine”

Fakhrul Akmal menghasilkan karya seni grafiti "Free Palestine" sebagai tanda solidariti perjuangan Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Baru Bangi, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 21 MEI 2021.

Rakyat Malaysia Reka Bendera Palestin Gergasi #Solidariti

Penduduk yang merupakan golongan muda bergambar dengan bendera Palestin yang direka sendiri sebagai tanda solidariti membantah kekejaman Israel ke atas penduduk Palestin di Perumahan Awam Sri Pulau Pinang, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 20 MEI 2021.

Patutkah McDonald’s dan Coca-Cola Diboikot?

Pengunjung melintasi McDonald's Malaysia selepas pihaknya menafikan menyalur bantuan kepada Israel serta menyifatkan perkara itu sebagai pembohongan dan fitnah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sebuah restoran McDonald’s, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 19 MEI 2021.