Tag: kementerian kesihatan
Kempen Kesedaran ‘Breast Cancer’ #DailyLife
Replika Reben Merah Jambu yang diletakkan khas sempena kempen kesedaran barah payudara (Breast Cancer Awareness Month Campaign) sepanjang bulan Oktober ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar River of Life, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 19 OKTOBER 2022.
Netizen kecam kakitangan KKM maki Yana
Seorang netizen, Fakhrull Azman Abu Bakar mempersoalkan sama ada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan mengambil tindakan terhadap individu berkenaan.
Tidak Lagi Wajib Pakai Pelitup Muka di Kawasan Tertutup
Sebahagian orang awam masih kekal pemakaian pelitup muka ketika berada di kawasan tertutup selepas Menteri Kesihatan menyatakan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di dalam bangunan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Plaza Metro Kajang, Selangor. Foto MUHD NA'IM, 08 SEPTEMBER 2022.
Notis Arahan Premis ‘Masih Wajib Pakai Mask’
Pekerja premis mencabut kertas notis arahan pemakaian pelitup muka selepas Menteri Kesihatan menyatakan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di dalam premis dan bangunan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Damansara Sentral, Sungai Buloh, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 07 SEPTEMBER 2022.
PM Hadir Perasmian Persidangan Inovasi Malaysia 2022
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat ruang pameran pada Majlis Perasmian Persidangan Inovasi Malaysia 2022 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 02 OGOS 2022.
Memorandum Sokong dan Bantah Pelaksanaan GEG
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kanan) menerima memorandum daripada Presiden Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH), Roslizawati Md Ali (tengah) mengenai menggesa semua ahli parlimen menyokong RUU Kawalan Tembakau dan Merokok serta pelaksanaan peruntukan Generasi Penamat (GEG) di hadapan Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 01 OGOS 2022.
Covid19 – Suntikan Dos Penggalak Kedua
Penerima, Tan Ah Po menunjukkan sijil digital vaksinasi suntikan dos penggalak ke-2 Covid-19 bagi mengambil langkah berjaga-jaga ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 14 JULAI 2022.
Dr Noor Azmi Ghazali Hadir Persidangan Kebangsaan Pembantu Perubatan 2022
Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali bersama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah melawat tapak pameran selepas hadir ke Perasmian Persidangan Kebangsaan Pembantu Perubatan 2022 anjuran Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia di The Everly, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 13 JUN 2022.
Kes Covid-19 meningkat lebih 2,000
.Sementara itu, pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi sebanyak 31 kes.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin melambai ke arah tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 17 MEI 2022.

















