Covid-19 positive cases
Petugas kesihatan melakukan kerja-kerja ujian saringan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik Anda Kota Damansara, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 09 FEBRUARI 2022.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Angka jangkitan baharu kes Covid-19 sudah melepasi angka 2,000 setakat lewat malam tadi.

Sehingga tempoh itu, data COVIDNOW menunjukkan kes meningkat sebanyak 2,430, termasuk 12 kes import, menjadikan jumlah keseluruhan adalah 4,497,212.

Data kes Covid-19 setakat 11.59, 25 Mei 2022

Selain itu, kes aktif juga juga naik kepada 25,172 selepas pertambahan 232 kes.

Sementara itu, pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi sebanyak 31 kes.

Data juga menunjukkan tiada kematian dicatatkan sehingga semalam dan angka kematian keseluruhan terkumpul adalah sebanyak 35,653. – MalaysiaGazette