Tag: Ketua Polis Kelantan
Kes bunuh di Kelantan meningkat lebih 100% – Polis
"Sukar untuk kita tentukan punca sebenar secara mutlak kerana bukan semua kes bunuh berpunca daripada pengaruh dadah. Sebagai contoh, ada kes pergaduhan yang berakhir dengan pembunuhan meskipun siasatan mendapati suspek negatif dadah.
Penyeludup tukar helah, guna laluan laut dan sungai kecil tembus Kelantan
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata taktik terbaharu itu dikesan apabila kumpulan penyeludup dan pendatang tanpa izin mula memasuki negeri ini melalui sungai-sungai kecil di Tumpat yang bersambung terus ke Sungai Kelantan.
Polis Kelantan buka siasatan insiden tular perlekeh anggota dalam sekatan jalan...
Polis membuka kertas siasatan berhubung video tular seorang individu didakwa mengeluarkan kenyataan memperlekeh anggota pasukan itu yang bertugas dalam sekatan jalan raya.
Konvoi motosikal di LTSIP: Polis tak kompromi, kawalan diperketat
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata pihaknya tidak mengeluarkan sebarang permit bagi penganjuran konvoi berkenaan dan telah menasihati penganjur supaya mematuhi peraturan serta tidak mengganggu aliran trafik.
Kematian doktor pelatih: Polis rakam keterangan lebih 10 individu
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata individu yang telah dipanggil setakat ini termasuk ahli keluarga, rakan-rakan serta pensyarah mangsa.
Ketua Polis Kelantan tegaskan kenyataan isu rogol bawah umur hanya pandangan...
“Kenapa saya perlu memohon maaf atau menarik balik kenyataan tersebut, kerana ia hanya pandangan saya. Terserah kepada kerajaan sama ada mahu mengambil perhatian atau tidak. Tidak teliti pun tiada masalah, malah Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) sendiri telah memaklumkan ia adalah pandangan saya,” katanya.
Ketua Polis Kelantan perlu tarik cadangan, mohon maaf – Guan Eng
Penasihat DAP itu berkata, Mohd Yusoff juga perlu memohon maaf atas cadangan itu yang disifatkan tidak sensitif terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.
Lelaki miliki 12 rekod jenayah dicekup bersama sepucuk pistol, peluru hidup
Seorang lelaki berusia 50 tahun yang memiliki tiga rekod jenayah dan sembilan rekod narkotik ditahan polis bersama sepucuk pistol serta 36 butir peluru hidup dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Kampung Sireh, Kota Bharu, kira-kira jam 5.00 pagi, Sabtu lalu.
Elakkan Bermain Mercun Yang Diubah Suai – Ketua Polis Kelantan
Ketua Polis Kelantan menasihatkan masyarakat agar tidak bermain mercun yang tidak dibenarkan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku ketika hadir pada program menyantuni petugas sempena Op Selamat 24 Tahun 2025 di persimpangan lampu isyarat Jalan Wakaf Siku, Kota Bharu, Kelantan.
Kematian Hud Aryan : Polis Arah Ibu Bapa Disiasat
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata beliau sudah mengarahkan Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah untuk berbuat demikian susulan persoalan yang ditimbulkan orang ramai.
















