Wednesday, September 30, 2026
Home Tag Mahkamah kl

Tag: mahkamah kl

Najib Razak, Guan Eng Hadir Perbicaraan Kes di Mahkamah KL

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke mahkamah bagi sambung perbicaraan kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 23 MAC 2022.

Suspek Bunuh dan Bakar Penyelia Kedai Buku Dihadap ke Mahkamah

Anggota polis membawa seorang pengawal keselamatan yang merupakan suspek utama kes bunuh dan bakar seorang wanita di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak pada 12 Mac lalu tiba di mahkamah untuk didakwa di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 23 MAC 2022.

Najib Razak di Mahkamah KL #1MDB

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir sambung prosiding 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 22 MAC 2022.

Najib Razak Hadir Perbicaraan Kes 1MDB

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir sambung prosiding 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 17 MAC 2022.

SPRM Dakwa Lima Individu Termasuk Seorang Berpangkat Datuk

Lima individu termasuk seorang berpangkat Datuk diiring anggota SPRM ke mahkamah untuk didakwa bersabit kesalahan sindiket Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 10 MAC 2022.

Reaksi Ali Puteh Selepas Keputusan Kes Saman Terhadap Kakak Ipar

Pelawak dan pelakon, Ali Puteh bercakap kepada media selepas mengikuti keputusan kes saman terhadap kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 18 FEBRUARI 2022.

Azeez Rahim Hadir Sebutan Kes di Mahkamah KL

Bekas Pengerusi Tabung Haji yang juga Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hadir pada sebutan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 17 FEBRUARI 2022.

Fahmi Reza Didakwa Hina Parti PAS Mengaku Tidak Bersalah

Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza sekali lagi dihadapkan ke mahkamah bagi pertuduhan secara sedar, membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain berkaitan isu minuman keras di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 17 FEBRUARI 2022.

Rosmah Mansor di Mahkamah KL

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke mahkamah bagi sambung perbicaraan tiga pertuduhan rasuah yang dihadapinya membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 buah sekolah luar bandar di Sarawak ketika dihadapkan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 15 FEBRUARI 2022.

Reaksi Zahid Hamidi Diarah Bela Diri 47 Pertuduhan Kes di Mahkamah

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjalan keluar selepas mendengar keputusan akhir pendakwaan bagi pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram yang melibatkan Yayasan Akalbudi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 24 JANUARI 2022.