Friday, April 19, 2024
Home Tag Mahkamah kl

Tag: mahkamah kl

Ahmad Zahid Hamidi Selepas Sidang Media di Mahkamah

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjalan keluar dari mahkamah selepas selesai sidang media berkenaan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO ketika menghadiri pembicaraan kes rasuah Yayasan Akalbudi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 28 JUN 2022.

Lim Guan Eng di Mahkamah KL

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berjalan keluar dari mahkamah selepas sambung perbicaraan kes rasuah atas empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 27 JUN 2022.

Zahid Hamidi Hadir Perbicaraan Kes di Mahkamah KL

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir ke mahkamah bagi pembicaraan kes rasuah Yayasan Akalbudi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 27 JUN 2022.

Jason Lo Bebas Tuduhan Dadah

Seorang penyanyi dan juga ahli perniagaan, Jason Jonathan Lo berjalan keluar selepas mahkamah majistret membebaskannya daripada pertuduhan memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam badannya tiga tahun lepas di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 24 JUN 2022.

Najib Razak, Guan Eng di Mahkamah KL

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke mahkamah bagi sambung perbicaraan kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 24 JUN 2022.

Wanita Korea Selatan Tipu Tiket Penerbangan Diheret ke Mahkamah

Anggota polis membawa seorang wanita Korea Selatan ke mahkamah bagi pendakwaan atas kesalahan penipuan tiket penerbangan ke Korea yang ditahan polis pada Mei lalu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 22 JUN 2022.

Wanita Korea Selatan tipu tiket penerbangan didakwa esok

Sebelum itu, pada 24 Mei lalu, wanita berkenaan telah diberkas bersama seorang lagi suspek lelaki seusianya kerana dipercayai telah memperdaya orang ramai menerusi laman sosial Kakao Talk untuk mendapatkan tiket penerbangan ke negara Korea sebelum ditahan pada 21 Mei lalu di Tanjung Aru, Sabah.

Reaksi Syed Saddiq Ketika Hadir Perbicaraan Kes di Mahkamah

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir ke mahkamah pada hari pertama bagi perbicaraan kes yang dihadapinya iaitu empat pertuduhan berkaitan pecah amanah dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) berjumlah RM1 juta dan pengubahan wang haram di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Foto HAZROL ZAINAL, 21 JUN 2022.

Bella Tiba Bagi Prosiding Pengecaman di Mahkamah

Bella seorang remaja sindrom hadir ke mahkamah bagi sesi pengecaman oleh tiga saksi dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiayanya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 17 JUN 2022.

Siti Bainun Hadir Perbicaraan Kes di Mahkamah KL

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 16 JUN 2022.