Friday, May 10, 2024
Home Tag Mentas

Tag: mentas

Masalah mental tidak mengenal status

Mengikut Human Health Service, kesihatan mental ialah, emosional, psikologikal dan sosial yang sihat. Ia mempengaruhi cara kita berfikir, bertindak serta apa yang kita rasa. Kesihatan mental memainkan peranan yang amat penting pada setiap peringkat umur hidup kita. Kualiti hidup kita juga bergantung pada kesihatan mental kita. Disebabkan itu, amat penting kita menitik beratkan kesihatan mental sama penting seperti kesihatan fizikal. Namun, stigma masyarakat tentang kesihatan mental ini membuatkan ramai yang enggan mendapatkan bantuan kerana malu, ego dan risau dipandang sinis.