Tag: palsu
Kemuka penyata akaun palsu tender sekolah, 11 pemilik syarikat didenda RM15,000
Mereka didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu penyata bank yang dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk mendapatkan tender di bawah Kementerian Pendidikan di beberapa daerah di negeri itu.
Berita Palsu Tular: JKM nafi poster ‘Bantuan Warga Emas One-Off Sehingga...
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan kesahihan poster berhubung ‘Bantuan Warga Emas one-off sehingga RM500’ seperti yang sedang tular dalam media sosial.
8 pengawal keselamatan Filipina guna kad pengenalan palsu dipenjara
Lapan pengawal keselamatan warga Filipina mengaku bersalah atas tuduhan menggunakan kad pengenalan milik orang lain dan palsu.
Video dan gambar tular rakyat Malaysia samun warga Singapura adalah palsu
Beliau berkata, penyebaran video dan gambar palsu seumpama itu dilihat sebagai cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai, khususnya pelancong warga Singapura yang datang ke negara ini melalui Johor.
Bekas penjawat awam mengaku salah palsukan dokumen didenda RM7,000
Hakim Dazuki Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Muslim Mamat, 30, yang dituduh menggunakan Sijil Diploma Reka Bentuk Dalaman atas nama Norfarah Najihah Mamat yang merupakan palsu, di dalam daerah Kuala Terengganu pada 26 Disember 2019.
Penjual sate, kakitangan JPJ dipenjara, didenda palsu pendaftaran kenderaan
Sementara menunggu proses rayuan ke Mahkamah Tinggi, mahkamah membenarkan hukuman penjara itu ditangguhkan dengan kedua-dua tertuduh masing-masing dibenar diikat jamin RM12,000 manakala denda RM40,000 itu perlu mereka bayar.
Kontraktor didakwa guna dokumen palsu
Tertuduh didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu Surat Kebenaran Khas Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) bagi mendapatkan tender kerja-kerja sistem retikulasi air luaran dan lain-lain kerja berkaitan di Kolej Matrikulasi Labuan bernilai RM1.6 juta daripada Jabatan Kerja Raya Labuan.
Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan kemuka dokumen palsu untuk tuntutan
Pengarah wanita berusia 47 tahun itu ditahan di pejabat SPRM di sini pada pukul 2.00 petang hari ini selepas hadir memberikan keterangan.
Lapan individu ditahan bantu siasatan penjualan sijil digital vaksin tidak sah
Polis buru 30 individu yang telah membeli sijil vaksin digital tanpa suntikan termasuk seorang lelaki berusia 44 tahun yang dipercayai menjadi dalang.
Sijil vaksin palsu: Doktor direman lagi berhubung kes penipuan
Seorang doktor klinik swasta yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan kes menjual sijil vaksinasi COVID-19 tanpa suntikan sebenar, hari ini direman lagi di Mahkamah Majistret di sini berhubung kes penipuan.














