Tag: penjaga stor
Penjaga stor tak mengaku salah rogol, amang seksual remaja 16 tahun
Tertuduh tidak diwakili peguam memohon jaminan minimum atas alasan bekerja sebagai penjaga stor di pasar raya dengan pendapatan bulanan RM1,800 selain bapanya yang akan membayar wang jaminan hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Penjaga stor tak mengaku salah pecah amanah
Khai Liang didapati melakukan pecah amanah iaitu dengan curangnya menyalahgunakan harta syarikat termasuk enam keping kad Touch N Go, 20 alat penapis air dan 30 penyaman udara yang bernilai keseluruhan RM126,765.
Penjaga stor didakwa ugut “tunggu esok you mati”
PETALING JAYA, 20 Jan -- Seorang penjaga stor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengugut seorang lelaki dengan mengatakan “tunggu esok you mati” pada minggu lepas.
Muhammad Daniel Shahrizan Majuka, 41, didakwa melakukan ugutan jenayah ke atas Mohd Razi Othman, 40, di kawasan Perindustrian Serdang, Serdang dekat sini, pada 6.30 petang, 13 Jan lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Zubaidah Mahat menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun peguam Chui Jing Hong yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jumlah wang jaminan atas alasan anak guamnya menanggung isteri dan dua anak.
Majistret Zhafran Rahim Hamzah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,300 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Mac depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA










