Tag: Piala Malaysia
Perak tetap tenang tanpa Golec
Durakovic tidak mahu dibuai perasaan terlalu yakin yang mereka boleh menjinakkan lawan mereka itu yang berstatus Liga Premier kerana dalam saingan format kalah mati, segala-galanya mampu terjadi.
Piala Malaysia: PJ City merendah diri
Lee Tuck, Dominique Da Sylva dan Faris Ramli antara yang perlu dikawal skuad PJ City dalam memastikan mereka tidak dibolosi.
Piala Malaysia: Kedah bergelut ke suku akhir
Kedah layak ke saingan suku akhir Piala Malaysia selepas membenam Pahang 3-2 di Stadium Darul Aman malam tadi.
Piala Malaysia: Manzoor tetap hormat Felda United
Manzoor tetap menghormati skuad kendalian Nidzam Jamil itu yang disifatkan mempunyai pengalaman beraksi di pentas tertinggi terutama di TM Piala Malaysia biarpun pasukan itu sekadar menamatkan cabaran di tangga ke-11 CIMB Liga Super musim ini.
Kedah tak gusar rekod dengan Pahang
Baddrol mengakui pertembungan dengan Pahang ini ibarat mengimbau memori separuh akhir Piala Malaysia musim lalu yang memperlihatkan antara persaingan paling sengit dalam sejarah pertandingan apabila terikat 8-8 secara agregat namun Kedah layak berdasarkan jaringan di laman lawan.
Piala Malaysia: UiTM FC intai slot suku akhir
UiTM FC mengalami kesukaran kerana menjalani latihan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang dan terpaksa beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak
Harap Lee Tuck, Da Sylva kembali sembuh
Memang sekarang kita ada beberapa pemain yang dihimpit kecederaan termasuklah Lee Tuck dan Da Sylva, dan ada juga beberapa pemain tempatan lain yang turut cedera, tetapi tidaklah serius.
Piala Malaysia: Saingan lebih terbuka
Rata-rata pengendali pasukan tidak mahu rekod lalu dijadikan ukuran kerana pentas saingan TM Piala Malaysia kali ini yang menggunakan format kalah mati pasti menjadi satu medan saingan yang sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan CIMB Liga Super.
Covid-19: Keselamatan pasukan lagi penting – Kurniawan
Kurniawan percaya keputusan yang dibuat oleh MKN ini adalah demi mengutamakan keselamatan semua pihak susulan penularan wabak Covid-19 yang masih membimbangkan khususnya di Sabah ketika ini.
Jangan batal Piala Malaysia – Irfan
Amat rugi jika Piala Malaysia dibatalkan kerana ini merupakan kejohanan bola sepak paling tua yang kita pernah ada dan hanya tidak boleh dilangsungkan semasa Perang Dunia Kedua satu masa dahulu.

















