Saturday, August 22, 2026
Home Tag Pkp

Tag: Pkp

PKP 2.0 – ‘Face Shield’

Seorang pengunjung memakai ‘Face Shield’ sebagai pematuhan SOP ketika membeli barangan asas di Pasar Borong Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 24 JANUARI 2021.

Operasi Bersepadu Pematuhan SOP di Pasar Borong Selangor

Anggota polis menahan pendatang asing yang tidak memiliki dokumen yang sah pada Operasi Bersepadu Pematuhan SOP di Pasar Borong Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 24 JANUARI 2021.

Suasana Pusat Gelandangan Sementara di Sentul Perdana

Gelandangan yang telah disaring pada Operasi Bersepadu Menyelamat Gelandangan Siri 1 2021 ditempatkan di Pusat Gelandangan Sementara Sentul Perdana, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 24 JANUARI 2021.

Lebih 80 gelandangan ibu kota ‘diselamatkan’

“Gelandangan yang diselamatkan kemudiannya dibawa ke Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku untuk menjalani ujian saringan Covid-19 dan pemeriksaan kesihatan selain mengenal pasti mereka yang bergejala," kata Mahadi.

KKM, Imigresen ‘Tangkap’ Gelandangan Bagi Menjalani Saringan Covid-19

Anggota Angkatan Pertahanan Malaysia membawa seorang gelandangan bagi melakukan ujian saringan Covid-19 pada Operasi Bersepadu Menyelamat Gelandangan Siri 1 2021 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di sekitar Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 24 JANUARI 2021.

Norma Baharu Persiapan Sambutan Tahun Baru Cina #CNY

Peniaga memasang tanglung bagi menyambut ketibaan Tahun Baru Cina dalam suasana norma baharu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Petaling Street, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 23 JANUARI 2021.

Ingkar PKP: 504 individu ditahan – Ismail Sabri

Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (145), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (92), tiada penjarakan fizikal (77), rentas daerah dan negeri tanpa kebenaran (60).

PKP 2.0 – Bersenam di Halaman Rumah

Atlet Ragbi Negara, Amirul Aiman Ihsan Abas mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti senaman di halaman rumahnya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan susulan penularan wabak Covid-19 di Lembah Keramat, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 23 JANUARI 2021.

Bakul makanan kepada 8,432 pekerja KDEBWM

"Sebanyak RM100,000 sumbangan beras telah diberikan sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang bekerja selama 365 hari dalam memastikan kutipan sampah dan pembersihan dibuat mengikut jadual demi menjamin kebersihan persekitaran," kata Ramli.

Hitam Putih ‘Kehidupan’ Warga Kota

Seorang warga emas berehat seketika di lorong yang sunyi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette susulan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 di Petaling Street, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 22 JANUARI 2021.