Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Seramai 504 individu ditahan dan dikompaun atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, setiap daripada mereka telah dikompaun atas kesalahan ingkar PKP.

Kata beliau, daripada jumlah itu, 494 telah dikompaun dan 10 direman.

“Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 53,201 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (145), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (92), tiada penjarakan fizikal (77), rentas daerah dan negeri tanpa kebenaran (60).

“Juga kesalahan premis beroperasi lebih masa (37) dan lain-lain kesalahan (93),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri juga mendedahkan sebanyak 2,882 pasukan pematuhan melibatkan 12,043 anggota membuat pemantauan di 3,398 pasar raya, 5,729 restoran serta 2,742 penjaja, 1,298 kilang, 3,425 bank dan 600 pejabat kerajaan.

“Juga dipantau, sebanyak 993 terminal pengangkutan darat, 208 terminal pengangkutan air serta 79 terminal pengangkutan udara,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast