Suspek direman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pengurus syarikat sebuah agensi yang menawarkan perkhidmatan kewangan dan korporat kerana disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu bagi mendapatkan pengurangan cukai bernilai kira-kira RM200 juta.

Perintah reman selama tiga hari sehingga 3 Oktober 2026 terhadap suspek itu dikeluarkan Majistret Illya Syaheedah Mohd Razif selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 7 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2018 hingga 2026.

“Suspek juga dipercayai telah memberi rasuah kepada pegawai sebuah agensi penguat kuasa selain memanipulasi kira-kira 480 akaun syarikat dengan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan pengurangan cukai di samping mengumpul kekayaan melalui aktiviti tersebut,” katanya hari ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here