Tag: Politik
Calon BN Seri Menanti Kempen Undi Masyarakat Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN) N. 16 Seri Menanti, Muhammad Sufian Maradzi beramah mesra dengan penduduk orang asli pada Program Ziarah Kasih Masyarakat Orang Asli sempena kempen Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) di Kampung Ulu Mampas, Terachi, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 30 JULAI 2023.
Calon PH, Altimet Meraikan Dua Mempelai #PRN15
Calon Pakatan Harapan N.20 Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau dikenali sebagai Altimet menyantuni dan meraikan dua mempelai sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN Selangor di Dewan Orang Ramai Taman Sri Rampai, Ampang. Foto FAREEZ FADZIL, 30 JULAI 2023.
Calon BN N.03 Sungai Panjang, Imran Tamrin Keluar Pagi Jumpa Pengundi
Calon Barisan Nasional N.03 Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin beramah mesra bersama penduduk setempat dan peniaga semasa hadir sarapan pagi sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN Selangor ke-15 di Bazaar Dorani Perdana,Sungai Besar, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 29 JULAI 2023.
LENSA MG | Replika Kapal Gergasi PN Siap Sedia ‘Bertempur’
Penduduk kampung Charok Kudung bergotong royong bagi menyiapkan replika kapal yang diperbuat dari buluh dan kayu dengan dibaluti bendera parti Perikatan Nasional (PN) dan Pas bagi menghangatkan Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) Kedah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sik, Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 29 JULAI 2023.
Pintu cermin pejabat Pas Pusat pecah dibaling batu
Ada rakaman kamera litar tertutup (cctv) dan saksi. Mudah-mudahan kes akan dapat diselesaikan segera. - Khairul Faizi Ahmad Kamil.
Gelagat Calon dan Jentera Riuh di Pusat Penamaan Calon #PRN15
(dari kiri) Calon Perikatan Nasional (PN) N.16 Sungai Tua, Hanif Jamaluddin, calon Bebas N.17 Gombak Setia, Mohamed Salim Mohamed Ali, calon Barisan Nasional N.17 Gombak Setia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, calon Pakatan Harapan (PH) N.18 Hulu Kelang, Juwairiya Zulkifli, calon Pakatan Harapan (PH) N.16 Sungai Tua, Datuk Seri Amiruddin Shari, calon Perikatan Nasional (PN) N.18 Hulu Kelang, Datuk Seri Azmin Ali, calon Perikatan Nasional (PN) N.17 Gombak Setia, Hilman Idham dan calon bebas N.16 Sungai Tua, Suman Gopal selepas diumumkan sebagai calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor ke-15 di Pusat Penamaan Calon di SMK Sungai Pusu, Gombak. Foto FAREEZ FADZIL, 29 JULAI 2023.
Suasana Awal di Hari Penamaan Calon
Calon Barisan Nasional N.27 Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan ditemani isterinya, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin hadir ke Pusat Penamaan Calon bagi menyerahkan borang pencalonan pada hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) di Sekolah Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 29 JULAI 2023.
Persiapan Akhir SPR di Pusat-Pusat Penamaan Calon #PRN15
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan kerja-kerja persiapan akhir sebelum hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) N.40 Kota Anggerik dan N.41 Batu Tiga ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dewan Besar Tanjung Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Foto MOHD ADZLAN, 28 JULAI 2023.
Suasana Hiba Selubungi Pengebumian ‘Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub’
Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengusung jenazah Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 24 JULAI 2023.
BN Umum Senarai Penuh Calon PRN
Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Timbalan Presiden Barisan Nasional yang juga calon Dun Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan serta calon yang lain mengangkat tangan selepas majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Negeri 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 21 JULAI 2023.

















