Wednesday, August 26, 2026
Home Tag Politik

Tag: Politik

Syed Saddiq Bantu Kempen Undi Calon MUDA #PRN15

Presiden Parti MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (tengah) bantu kempen meraih undi penduduk setempat bersama calon MUDA N.23 Dusun Tua, Al Hafiz Ikhwan (kanan) sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor ke-15 di Taman Sri Nanding, Hulu Langat. Foto WAN NABIL NASIR, 02 OGOS 2023.

Anwar di Ceramah Jelajah Perpaduan DUN Semenyih

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan para penyokong pada Ceramah Kita Selangor Arus Merah Kuning DUN Semenyih sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor ke-15 di Beranang, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 01 OGOS 2023.

Zahid Hamidi dan Calon BN Santai Bersama Rakyat

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersorak bersama penduduk pada Program Santai Bersama Rakyat sempena kempen Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15 di Desa Seri Pantai, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 01 OGOS 2023.

Reaksi Sanusi Kempen Undi Atas Lori #PRN15

Reaksi calon Perikatan Nasional (PN) N24 Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas berucap meraih undi sempena kempen Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) Kedah di Taman Sri Puteri Kuala Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 01 OGOS 2023.

Bahang PRN15 | ‘Flashmob’ Jentera di Pasar Malam Labu Besar

Jentera Perikatan Nasional (PN) melakukan melakukan 'flashmob' bagi meraih undi untuk calon Perikatan Nasional N.33 Merbau Pulas, Datuk Siti Ashah Ghazali sempena Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) Kedah di Pasar Malam Labu Besar, Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 01 OGOS 2023.

Calon PH Permatang, Pak Ya Kempen Undi Pesawah

Calon Pakatan Harapan N.09 Permatang, Mohd Yahaya Mat Sahri melihat suasana sawah semasa menyantuni pesawah padi sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor ke-15 di Sawah Sempadan, Tanjong Karang, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 01 OGOS 2023.

Suasana Jelajah Perpaduan PMX @ Paroi

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Kuala Pilah pada Program Jelajah Perpaduan PMX@Pilah di pejabat PKR Kuala Pilah Ampang Tinggi, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 31 JULAI 2023.

Tawaran ‘5 Tekad Untuk 5 Tahun’ PH-BN Selangor

Calon Pakatan Harapan N.16 Sungai Tua yang juga calon Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersama calon-calon PH-BN Selangor pada Pelancaran Tawaran Kita Selangor 5 Tekad Untuk 5 Tahun dan Sesi Pengenalan Calon-Calon Perpaduan Selangor sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor ke-15 di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam. Foto FAREEZ FADZIL, 31 JULAI 2023.

Ismail Sabri Bantu Kempen Calon BN Johol, Saiful Yazan Sulaiman

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama calon Barisan Nasional (BN) N. 19 Johol, Saiful Yazan Sulaiman menyantuni penduduk setempat semasa mengadakan walkabout sempena kempen Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) di Air Mawang, Johol, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 31 JULAI 2023.

Calon BN, Tunjuk Bakat Ketika Kempen PRN15

Calon Barisan Nasional (BN) N. 31 Bagan Pinang, Mohd Najib Isa menunjukkan bakat bermain sepak raga tuju bersama penduduk kampung sempena kempen Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) di Jalan Haji Jaafar, Port Dickson, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 30 JULAI 2023.