Foto FB KL City FC.

KUALA LUMPUR – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memberikan kelulusan khas buat Kuala Lumpur City yang membolehkan kelab itu mendaftarkan minimum 12 pemain untuk hadapi Kuching City di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam ini.

MFL dalam satu kenyataan menjelaskan, keputusan itu dibuat selepas menerima permohonan rasmi daripada KL City berhubung status pendaftaran pemain kelab.

Ia susulan proses penyelesaian beberapa kes tunggakan yang melibatkan bekas pemain sehingga dikenakan larangan pendaftaran pemain oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Berdasarkan surat permohonan rasmi yang dikemukakan oleh Kuala Lumpur City FC kepada MFL bertarikh 26 Ogos 2026, kelab itu memaklumkan telah menyelesaikan kes tunggakan bayaran kepada bekas tiga pemain import, bagaimanapun masih menunggu proses kelulusan FIFA untuk menarik balik perintah larangan perpindahan pemain itu.

“Sekiranya perintah larangan perpindahan pemain itu kekal sebelum sepak mula perlawanan malam ini, maka Kuala Lumpur City FC memohon kelulusan khas untuk mendaftarkan minimum 12 pemain.

“Sehubungan dengan itu, Ahli Lembaga Pengarah MFL bersetuju dengan permohonan itu dan memberikan Kelulusan Khas kepada Kuala Lumpur City FC,” jelas MFL dalam kenyatan itu di sini hari ini.

Pada masa sama, Kuala Lumpur City diingatkan supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi melengkapkan proses pendaftaran pemain dan memastikan senarai pemain pasukan dipenuhi sebelum tarikh tutup pendaftaran pertama Liga Malaysia 2026-2027 pada 3 September 2026.  – MalaysiaGazette

Foto FB MFL.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here