Tag: Politik
Wayang Pacak Di DUN Kota
Penduduk hadir menonton wayang pacak bersama calon Barisan Nasional (BN) N. 28 Kota, Suhaimi Aini sempena kempen Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) di Rumah Rakyat Lubok Cina, Rembau, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 04 OGOS 2023.
Anwar Ibrahim, Zahid Hamidi Kempen Undi Calon BN dan PH
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke program Jelajah Perpaduan Madani Kedah sempena Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) Kedah di Tapak Pasar Malam Kupang, Kuala Ketil, Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 04 OGOS 2023.
Gabungan Bendera Pakatan Harapan – Barisan Nasional #PRN15
Gelagat seorang nelayan memperagakan baju rekaannya yang menggunakan kain bendera Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) sempena kempen Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) Selangor ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pengkalan Jeti Nelayan Tanjong Keramat, Kuala Selangor. Foto MUHD NA’IM, 04 OGOS 2023.
Calon PH, Thiban Subramaniam Kempen Jumpa Nelayan
Calon Pakatan Harapan N.10 Bukit Melawati, Thiban Subramaniam beramah mesra bersama salah seorang persatuan nelayan pada sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) Selangor di Pengkalan Jeti Nelayan Tanjong Keramat, Kuala Selangor. Foto MUHD NA’IM, 04 OGOS 2023.
Calon PH, Aminuddin Solat Jumaat Bersama Pengundi Sikamat
Calon Pakatan Harapan (PH) N. 13 Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun menyantuni jemaah yang lain selepas selesai menunaikan solat jumaat sebelum menyambung kempen Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) di Masjid Kariah Paroi Jaya, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 04 OGOS 2023.
Walkabout Asyraf Wajdi dan Calon BN Ayer Hitam Kempen Undi
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersama calon Barisan Nasional (BN) N.04 Ayer Hitam, Hayazi Azizan beramah mesra bersama peniaga semasa berkempen sempena Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) Kedah di Kuala Jerlun, Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 04 OGOS 2023.
Zaidy Abdul Kadir Teruskan Kempen Walau Berkerusi Roda #PRN15
Calon Barisan Nasional (BN) N. 07 Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir menyantuni penduduk walaupun berkerusi roda akibat kemalangan pada Program Sehati Sejiwa Masyarakat Orang Asli sempena kempen Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) Negeri Sembilan di Kampung Orang Asli Panchor, Jempol, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 03 OGOS 2023.
Baddrol Bakhtiar Berkempen Sekitar Gurun #PRN15
Calon Perikatan Nasional (PN) N.22 Gurun, Baddrol Bakhtiar beramah mesra bersama peniaga dan orang awam semasa berkempen sempena Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) Kedah di Pasar Malam Taman Ria Mesra 2, Gurun, Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 02 OGOS 2023.
Jentera PN Reka Terowong Rancakkan #PRN15
Keunikan Kampung Hujung Bandar apabila penduduk kampung bergotong royong memasang bendera Perikatan Nasional (PN) dan Pas dengan bentuk terowong di jalan utama sempena kempen Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) Kedah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sik, Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 02 OGOS 2023.
Reaksi Anwar Ketika Perjumpaan Khas Bersama MIC
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) dan timbalannya yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (dua kanan) dikalungkan bunga malai daripada Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran (kiri) pada Perjumpaan Khas PM Bersama MIC di Ibu Pejabat MIC, Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 02 OGOS 2023.

















