Wednesday, August 26, 2026
Home Tag Politik

Tag: Politik

Persediaan Awal Peralatan dan Kotak-Kotak Undi SPR #PRN15

Petugas SPR membuat pemeriksaan terhadap kotak-kotak undi sebelum dibawa ke pusat mengundi pada persiapan akhir menjelang hari mengundi esok sempena Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) Negeri Sembilan di Dewan Komuniti Taman Coral Heights Sikamat, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 11 OGOS 2023.

Ceramah Grand Finale Kita Selangor PH-BN #PRN15

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon-calon DUN Selangor pada Grand Finale Kita Selangor sempena kempen Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) Selangor di Taman Keramat AU2, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 10 OGOS 2023.

Ada “kebangkitan” di Terengganu – Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi gambaran bahawa ada “kebangkitan” dalam kalangan rakyat di Terengganu selepas melakukan beberapa siri ceramah di negeri ini.

Perang Bendera dan Poster Makin Rancak #PRN15

Penduduk kampung menghiasi bendera Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan di sepanjang jalan utama Kampung Baru Hilir bagi memeriahkan lagi kempen Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) Kedah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 09 OGOS 2023.

Replika Pesawat Boeing PN Curi Tumpuan #PRN15

Orang ramai tidak melepaskan peluang berkunjung di replika pesawat Boeing yang bertemakan Perikatan Nasional (PN) bagi memeriahkan Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) Kedah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Batu Besar, Sik, Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 06 OGOS 2023.

Tok Mat Kembali Berkempen di Rantau #PRN15

Gelagat calon Barisan Nasional (BN) N. 27 Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan beramah mesra dengan seorang penduduk berkerusi roda pada Majlis Pemimpin bersama Masyarakat sempena kempen Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) selepas bercuti tiga hari akibat dijangkiti influenza di Dewan Terbuka Bola Keranjang Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 06 OGOS 2023.

Manifesto Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan #PRN15

Jentera membaca Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan selepas Pelancaran Manifesto Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) di Klana Resort Hotel, Seremban, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 06 OGOS 2023.

Wau Bulan, Kereta Kebal Meriahkan Kempen PRN15

Kreativiti penduduk kampung Alor Pak Ngah apabila mereka bergotong royong menghiasi markas unit daerah mengundi (UDM) dengan pelbagai hiasan seperti wau bulan, kereta kebal dan lampu hiasan bagi menghangatkan Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) Kedah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Alor Setar, Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 05 OGOS 2023.

Saifuddin Nasution Bantu Kempen Calon BN, Mahdzir Khalid #PRN15

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama calon Barisan Nasional (BN) N.08 Pedu, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyantuni penduduk dan peniaga pasar ketika berkempen sempena Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) Kedah di Naka, Kuala Nerang, Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 06 OGOS 2023.

Gelagat Sanusi, Baddrol Bakhtiar Main Bola Sepak Dengan Pengundi #PRN15

Aksi calon Perikatan Nasional (PN) N24 Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bermain bola dalam perlawanan persahabatan Pilihan MB menentang Kedah Chinese FA sempena Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) Kedah di Stadium Darul Aman, Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 04 OGOS 2023.