Tag: Politik
Kempen Undi Calon BN Titiwangsa, Johari Abdul Ghani #PRU15
Penyokong yang memakai jaket Barisan Nasional dengan berkempen calon BN P.119 Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Blok E Desa Pandan, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 09 NOVEMBER 2022.
Ustaz Kazim ‘Muncul’ di Ceramah Calon BN Temerloh #PRU15
Calon Barisan Nasional P.088 Temerloh, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin bersalaman dengan penceramah bebas, Datuk Mohammad Kazim Elias pada Program Ceramah Perdana bersama DUKE sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan Orang Ramai Taman Temerloh Jaya, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 09 NOVEMBER 2022.
Tun M Turun Bantu Calon GTA Kempen #PRU15
Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad melambai ke arah orang ramai sambil diiringi calon GTA P.108 Shah Alam, Rafique Rashid Ali (kanan) ketika hadir walkabout sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pasar Malam Seksyen 24, Shah Alam. Foto MUHD NA’IM, 09 NOVEMBER 2022.
Saarani Mohamad Berjiwa Besar Jumpa Calon Parti Lawan #PRU15
Calon Barisan Nasional (BN) N.04 Kota Tampan, Datuk Seri Saarani Mohamad bertembung bersama pesaingnya calon Perikatan Nasional (PN) N.04 Kota Tampan, Mohd Jamil Yahya semasa melakukan sesi walkabout di pasar sambil menyantuni penduduk kampung sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika di Kampung Luat, Lenggong, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 09 NOVEMBER 2022.
PM Ramah Mesra Dengan Warga Parlimen Ayer Hitam #PRU15
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada Majlis Ramah Mesra bersama warga Parlimen Ayer Hitam sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan Balora Suria, Jalan Ros, Ayer Hitam, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 09 NOVEMBER 2022.
Isham Jalil Kempen ‘Keluargaku Pengundi BN’ #PRU15
Calon Barisan Nasional P.108 Shah Alam, Hizatul Isham Abdul Jalil (tengah) bergambar bersama pengundi Keluarga Warga Emas Kawasan Batu Tiga di Kelab Warga Emas Seksyen 24, Shah Alam. Foto MUHD NA’IM, 09 NOVEMBER 2022.
‘Flashmob’ Jentera PN #DailyLife #PRU15
Jentera Perikatan Nasional melakukan flashmob bagi meraih undi sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Esplanade Temerloh, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 09 NOVEMBER 2022.
Calon BN Kuala Krau, Ismail Said Berkempen Keliling Kampung #PRU15
Calon Barisan Nasional P.087 Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said (kanan) menyantuni penduduk warga emas, Kamariah Mamat (tengah) ketika mengadakan lawatan rumah ke rumah sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Felda Jengka 14, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 09 NOVEMBER 2022.
Calon BN, Shafiq Fhadly Disenangi Masyarakat #PRU15
Calon Barisan Nasional (BN) P. 056 Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud menyantuni penduduk kampung sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika di Kampung Kubu Gajah, Larut, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 09 NOVEMBER 2022.
Ahmad Maslan Berkempen Jumpa Pengundi #PRU15
Calon Barisan Nasional (BN) P.164 Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menyantuni pengundi semasa mengadakan walkabout sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pekan Benut, Pontian, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 09 NOVEMBER 2022.

















