Thursday, April 25, 2024
Home Tag Ramadan2021

Tag: Ramadan2021

Persediaan Hari Raya Aidilfitri Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan #Covid19

Seorang budak membawa daun palas sebagai persediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa mulai esok sehingga 17 Mei di 6 daerah di Selangor ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Besar Jalan Meru, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 05 MEI 2021.

Dr Zulkifli Al-Bakri Rai Iftar Muzakki Bersama Anak Yatim

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada Majlis Iftar Muzakki Bersama Anak Yatim dan Pelancaran Aplikasi MyZakat 2021 di Tenera Hotel, Bangi, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 01 MEI 2021.

Zuraida Kamaruddin Serah Sumbangan Kepada Bekas Atlet Kebangsaan dan NGO

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin beramah mesra dengan bekas atlet kebangsaan pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Bekas Atlet Kebangsaan dan NGO dengan kerjasama Perbadanan PR1MA Malaysia dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) di Hotel De Palma, Ampang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 01 MEI 2021.

Ramadan – Buka Puasa di Kuala Lumpur

Orang ramai tidak melepaskan peluang berbuka puasa bersama keluarga dan rakan di Bukit Tunku ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 27 APRIL 2021.

Berbuka Puasa di Dataran Shah Alam Dalam Norma Baharu #PKPB

Orang ramai menikmati juadah berbuka puasa bersama keluarga ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekitar Dataran Shah Alam, Selangor. Foto SHAFIY ZUL, 25 APRIL 2021.

Suasana Kemeriahan Jalan TAR Selepas Operasi Bazar Dilanjutkan

Pengunjung mencuba tengkolok semasa membuat persiapan Aidilfitri selepas kerajaan membenarkan bazar Aidilfitri beroperasi sehingga jam 2 pagi berkuatkuasa hari ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bazar Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 25 APRIL 2021.

KPDNHEP Program Advokasi Pengguna Bijak dan Pelancaran #ShoppingStreet

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid beramah mesra dengan peniaga pada Program Advokasi Pengguna Bijak dan Pelancaran #shoppingstreet di Jalan Tar, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 24 APRIL 2021.

Kegembiraan Gelandangan Berbuka Puasa

Seorang ibu memberikan minuman mineral kepada anaknya setelah masuknya waktu berbuka puasa di Chow Kit, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI. 23 APRIL 2021.

Alexander Tinjau Harga Kawalan Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menunjukkan harga kawalan barangan asas semasa mengadakan lawatan di MyFarm Outlet Kasih, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 22 APRIL 2021.

Suspek Pukul dan Ugut Bunuh Bodyguard Kerana Berpuasa Didakwa di Mahkamah

Suspek utama dan pembantunya dibawa pegawai polis ke Mahkamah bagi menghadapi pertuduhan kes pukul dan mengacukan pistol ke arah dua pengawal peribadi kerana berpuasa di Mahkamah Majistret Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 22 APRIL 2021.