Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus bercakap ketika sidang media selepas hadir pada Majlis Penyerahan Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Sentul di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 14 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – Jenayah siber dan penyalahgunaan dadah menjadi antara fokus utama Polis Kuala Lumpur dalam usaha menangani bentuk ancaman jenayah yang semakin memberi kesan kepada masyarakat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pendekatan penguatkuasaan tidak boleh hanya tertumpu kepada jenayah konvensional seperti jenayah kekerasan dan harta benda.

Menurutnya, perubahan corak jenayah menuntut polis memberikan perhatian lebih serius terhadap jenayah siber selain isu dadah.

“Kita memfokuskan kepada apa yang sekarang dialami masyarakat iaitu masalah jenayah siber dan juga sudah pasti isu dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Sentul di antara Superintendan Jasni Zolpa dengan Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam.

Beliau berkata, semua indeks jenayah akan terus diberi perhatian berdasarkan statistik serta maklumat risikan yang diperoleh polis.

“Pendekatan berasaskan risikan penting bagi memastikan tindakan penguatkuasaan lebih tepat dan berkesan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here